Hari ini bertempat di Balairaya Kg. Bendahara Majidi telah didatangi oleh kontraktor bangunan bagi tujuan membaik pulih balai raya yang telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Analisis,penilaian dan ukuran bangunan telah dilakukan dan diharapkan agar satu kerja pembaikan dan pemulihan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Antara faktor-faktor utama yang menyumbangkan kepada ketidakselamatan dalam penggunaan balairaya adalah seperti berikut:-
- Kayu penyokong siling (rangka atap) yang telah reput dan dimakan oleh anai-anai (termite)-dikhuatiri boleh menyebabkan siling runtuh / jatuh.
- Tembok pagar luar telah merekah (crack) - ini boleh menyebabkan tembok pagar tersebut runtuh dan boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya jatuh.
Penduduk kampung sedia maklum bahawa bangunan ini digunakan khususnya buat anak-anak kampung bendahara bagi tujuan :-
- PENDIDIKAN - tabika perpaduan kampung bendahara A & B
- RIADAH - gelanggang futsal berpagar.
- AKTIVITI SOSIAL DAN MASYARAKAT - gerakerja KRT / Badan Khairat Kg. Bendahara.
- MAJLIS PEMIMPIN DAN MASYARAKAT
Adalah diharapkan agar pihak-pihak yang berkenaan dapat meluluskan serta menambahkan lagi peruntukan yang sedia ada dalam membaik pulih bangunan balairaya Kg. Bendahara.
| tembok pagar yang telah retak menanti belah |
| keretakan dari pandangan dekat |
| Balairaya Kg. Bendahara - yang nampak uzur |
| kontraktor sedang membuat pengukuran untuk penilaian |
| NYDP KRT Kg Bendahara - Haji Salleh in action |
| pengukuran bangunan sedang dijalankan |
| di sinilah pejabat KRT Kg. Bendahara |
| sudut pandang |
| keretakan serius juga berlaku di bucu tembok |
| regangan yang boleh mengakibatkan kemalangan |
| runtuhan batu jelas kelihatan |
| tembok yang telah condong dan tidak sekata |
| sudut pandang - keretakan juga terlihat jelas dari luar |
| antara dua darjat-pagar masjid Jamek dan pagar balairaya |
| longkang yang memerlukan pembaikan |
| sudut pandang-keretakan |
| sudut pandang-keretakan 2 |
| keseluruhan balairaya dari pandangan luar |
| berbagai aktiviti dapat digerakkan sekiranya balairaya dapat dinaiktaraf ke dua tingkat. |
No comments:
Post a Comment