Di atas inisiatif serta usaha dan kerjasama dari Pemuda UMNO Kg. Bendahara yang diterajui oleh Encik Azhar selaku Ketua Pemuda, satu kerja-kerja penggantian pagar batu untuk Balairaya Kg. Bendahara sedfang giat dijalankan bagi menggantikan pagar batu lama yang telah mengalami keretakan serius serta amat merbahaya kerana ianya pada bila-bila masa sahaja boleh roboh serta menyembah bumi.Sila lihat posting-posting terdahulu di mana admin ada menyuarakan kebimbangan admin tentang pagar yang retak.
Merujuk kepada penerangan dari Encik Azhar selaku Ketua Pemuda Kg. Bendahara, permohonan telah dibuat sebelum ini dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri.
Admin amat gembira dan bersyukur di atas semangat perpaduan dan setiakawan serta nilai kerjasama yang sungguh erat dan jitu yang telah diinterpretasikan oleh persatuan dan badan gabungan bagi Kampung Bendahara.
Sekalung tahniah buat Encik Azhar selaku Ketua Pemuda UMNO Kg. Bendahara serta rakan-rakan pemuda yang admin tidak sebutkan nama disini (tak lupa juga Abg. Zul) yang telah menunjukkan komitmen kerja yang begitu tinggi dalam melestarikan penggunaan prasarana balairaya ke tahap yang optimum.
No comments:
Post a Comment